Catatan peribadi : Aktiviti Amal Bersama WargaKilang - Jalan2 Masuk Kampung Edisi Selinsing
Kebetulan sekarang saya masih cuba menghabiskan buku yang baru saya beli iaitu "Dahsyatnya Doa Ibu". Dan kebetulan juga masih terngiang2 di telinga saya pesanan Saudara Monier kepada Ustaz Senan dan Isteri ketika berada di rumah mereka berdua sewaktu kami hendak bersurai, "Ustaz, kami balik dulu. Ustaz jangan lupa doakan untuk kami semua ya. Moga Allah swt permudahkan urusan kami semua dunia dan akhirat". "InsyaAllah", jawab Ustaz dengan airmata bergenang sambil mengawal perasaan. Jelas terpancar keikhlasan empunya hati yang disentuh WargaKilang.
Saya pernah membaca satu catatan kuliah agama bahawasanya doa itu termakbul dari usaha yang mana dan lisan yang mana kita tidak akan pernah tahu. Samada dari doa kita sendiri, samada dari doa kedua ibu bapa yang kita kasihi, samada dari doa anak2 yatim dan mereka yang susah dan miskin yang pernah kita bantu, samada dari sahabat-sahabat kita atau saudara mara atau sebagainya, semuanya itu adalah rahsia Allah SWT. Sebaiknya kita terus beristiqamah berdoa dan terus membantu dan membantu sesiapa sahaja disekeliling kita yang memerlukan tanpa mengira pangkat, darjat dan warna bendera yang mereka pegang. Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu dari mana punca makbulnya doa itu dan dari sumber mana sampainya doa itu kepada Allah swt.
Saya amat bangga dan merasa amat bertuah kerana Allah swt temukan saya dengan insan2 hebat dari WargaKilang. Saya takkan lupa pesan ayah mertua, "Di mana sahaja, bawalah diri kita sebagai manusia dan hamba Allah swt. Tinggalkanlah jawatan dunia di pejabat.". Dan itu lah yang saya perhatikan amalan insan hebat WargaKilang. Kebanyakan yang saya kenal mempunyai latar pendidikan dan jawatan dunia yang juga hebat. Tetapi insan2 hebat ini berpijak dibumi nyata dan masih ingat tanggungjawab sebagai insan dan makhluk Allah swt yang kerdil. Dan mereka juga sentiasa ingat tentang kuasa "Dahsyatnya Doa" dari mereka2 yang pernah disentuh hatinya. Tahniah WargaKilang! Moga kalian terus beristiqamah (pesanan untuk diri saya juga). InsyaAllah.
Kecintaan saya dalam kerja amal memang telah bermula dizaman universiti lagi. Kenangan bersama Kelab Kaunseling Dan Kerjaya menjayakan pelbagai program motivasi kepada adik2 di sekolah didalam bandar dan pelusuk kampung adalah titik tolak kecintaan saya ini. Kekadang saya tersenyum juga...saya pernah tersalah langkah. Tamat saja pembelajaran di UTM saya dipermudahkan Allah swt dengan mendapat pekerjaan di salah sebuah kilang tanpa perlu menunggu lama. Walaupun sudah bekerja, saya merasa kosong kerana masih rindukan aktiviti di UTM dulu. Saya berjinak2 di dalam sebuah parti politik, kununnya ingin menggunakan platform politik untuk menyalurkan bakti kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung saya. Ianya tak semudah yang disangka dan seindah yang saya bayangkan. Saya membuat keputusan untuk meletakkan noktah dan terlibat secara sukarela dibawah kapasiti CSR (corporate social responsibility) dan juga badan NGO seperti WargaKilang adalah lebih membawa makna pada saya.
Panjang jugak saya membebel ;). Versi lain boleh didapati di blog2 sahabat WargaKilang yang lain iaitu:
Berikut adalah serba sedikit gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan kami kelmaren sempena Jalan2 Masuk Kampung - Edisi Selinsing. Saya tak ambil banyak gambar sebab mak saya risau dan dok remind saya focus on driving. Hahaha...nampak sangat mak tak confident ;). Mak kata ketaq lutut dia lalu kot bataih bendang naik kereta.
![]() |
| Menyusuri bendang, Sungguh mencabar bagi amatur lady driver macam saya. |
![]() |
| Irdina dok packing stationary sets untuk JJMK a nite before. She was so happy doing so. |
![]() |
| Barang untuk didermakan sungguh menyentuh hati. Kalau dalam politik kena tunggu dana masuk baru buleh wat keja amal. For WargaKilang, Just Do It! |
![]() |
| Adik Aiman berumur 10tahun - down sindrom. Macammana nasib Adik Aiman bila Ustaz Senan dan Isteri dah lanjut usia. Persoalan ini membelenggu saya :( |
Sekian. Wassalam.
ComeyBelako





No comments:
Post a Comment