
Brothers & Sisters,
Pertama sekali jutaan terima kasih ingin saya ucapkan bagi pihak pengurusan Teratak Rahmat kerana kita sama2 berjaya merealisasikan misi kita untuk membebaskan anak2 Teratak Rahmat dari risiko pusat ini ditutup akibat tidak memenuhi piawaian BOMBA. Kita telah sama2 berjaya mengumpul RM60,000 dan sekarang kerja2 pembinaan memenuhi piawaian BOMBA sedang berjalan.
Terima kasih semua. Moga simpanan akhirat kita tidak terhenti disini...marilah kita terus membantu anak2 ini untuk fasa ke-2 Penambahbaikan Sistem Pendawaian Elektrik Teratak Rahmat. Sasaran kali ini ialah RM40,000. Tiada yang mustahil. Sewaktu mula2 saya menghubungi Encik Azwar, hanya RM4,000 berada di dalam account Teratak Rahmat. Tapi kita semua telah membuktikan tiada yang mustahil jika kita berganding bahu. Dan yang paling uniknya sahabat2 sekalian...sumbangan yang masuk kebanyakannya bukanlah dari golongan korporat dan kaya raya yang menyumbang ratusan/ribuan ringgit...tapi sumbangan dari golongan marhaen/rakyat biasa seperti kita dalam lingkungan RM20 hingga RM200 yang berjaya mengubah situasi ini. Tiada yang mustahil! Mari kita teruskan "Mission Impossible" ini!
Blog Teratak Rahmat : http://teratakrahmat.blogspot.com/
Saluran simpanan akhirat kita adalah seperti berikut:
Akaun Teratak Rahmat
Untuk makluman
semua, akaun Bank Teratak Rahmat TELAH DITUKAR (1 APRIL
2009).Untuk keterangan lanjut serta untuk menyalurkan sumbangan tunai, pihak
kami boleh dihubungi sebagaimana yang
tertera di atas atau melalui telefon (Azwar @ 019-4776482). Bagi tujuan bank-in, sumbangan boleh dimasukkan ke
akaun Bank Muamalat TERATAK RAHMAT di nombor akaun 0901-0019362-72-9.Akaun MAYBANK bernombor 164070471200 atas nama Azwar Ibrahim juga boleh digunakan.Akaun bank lain juga boleh diusahakan dengan permintaan. Selepas itu mohon maklumkan kami berkenaan deposit tersebut untuk resit disediakan
Sekiranya anda mahu menyumbang dengan cek, tuliskan cek anda atas nama
TERATAK RAHMAT. (Di belakang cek, sila tuliskan Teratak Rahmat dan program khusus yang mahu anda bantu, sekiranya ada.)
Hantarkan cek anda kepada:
Pengerusi Teratak Rahmat
d/a Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis
Km 1.2, Jalan Mata Ayer
02600 Mata Ayer
Perlis, Malaysia
Salam Kasih Sayang Semua
~Comey Belako~
No comments:
Post a Comment