Showing posts with label Masak memasak. Show all posts
Showing posts with label Masak memasak. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Apam Kukus



La ni mai mood nak masak pulak. Reach home 6pm plus pon sempat lagi nak buat kuih minum petang. Semua ni bergantung kepada cuaca emosi yer. Mai mood takdop, jangan haraps lah yer.
Ini adalah salah satu menu petang yang CB buat recently.

Bahan2:

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar buleh susu cair pun boleh ajo
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette (pi tanya kedai kek tokey dia tau lah apokobondo nyo ini) ;)
1 sudu kecil esen vanilla

kalu rajin boh la filling - blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa memasing lah

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sampai kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian - lepas tu letak lah kaler apa pon ikut suka hati kita lah kan. Pink adalah wajib untuk anak dara saya. Coklat adalah wajib utk anak terunas saya.
3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam paper cup : nak guna sudu pon boley nak guna piping bag pon boleh...ikut lah yang mana satu cara kita selesa.
4. Kalau nak letak filling - masuk adunan separuh dulu, then boh filling, pahtu topup adunan lagi kat atas.
7. Last seklai kalu nak deko, deko lah yer ikut minat memasing. CB maleh...wat celoreng2 gitu ajo lah. Now ni memacam CB tengok ado...polkadot apa bagai ado. Rajin betui!
8. Terpaling last sekali, kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit or sehingga masak.

Tips:

- kalau rajin balut lah tudung ngukus tu dengan towel supaya ayaq tak menitik kat apam comel kita tu.
**CB tak balut pun...hiks ;)**
- CB letak papercup tu dalam cawan lompang masa kukus...takmo dia jadi tak comey masa kukus tu...kang kena air basah lak.
Ni masa weekend baru ni...Irdina, Irfan & Irsyad ada potluck di sekolah. So they decided to do the apams comel by themselves. Ibu hanya tolong bancuh adunan. Then all managed by them.

Ni papercup comey dah abis. Pakai ja la bekas wat biskut cornflakes madu tu.


Sekian

ComeyBelako

Wednesday, October 12, 2011

Lempeng ala Doriyaki

Halooo....apa habaq semua? Sungguh rindu pada semua. Lamanya tinggai blog nih...jenuh cuci sawang. Taktau nak tulih apa. Ni ha nak share resepi lempeng yang dah berkurun tak buat. Kelmaren wat bekpes + bekal anak-anak pi sekolah. Ni edisi malas la. Kalau rajin pakai kelapa parut. Orang kedah panggey PEK-NGA. Sebabnya ialah kuih ni kena temPEK dalam belaNGA. Hehehehe. Nak makan dengan apa pun buleh...cicah sambal tumis bilis pun best. But anak2 CB makan dengan chocolate or jem.

Silalah cuba ya. Senang ajo. pejam mata pon leh buat ;). ewah!





















Resepi:
1 packet santan segera serbuk
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Air masak - agak2 lah no

Cara-cara:

Gaul semua bahan di atas. Biar pekat.
Lepas tu goreng la atas non-stck pan. Tak yah pakai minyak. Buat bulat2 nipis gitu.
Siap.


Sekian.
ComeyBelako

Monday, October 18, 2010

Balaih dendam

Finally after 5 days my 2 angels finally home. It was really tiring and i am now down with fever and flu. Whatever it is i feel so relief seeing my angels back home. 5 hari memakan makanan hospital adalah sesuatu yang sungguh tidak menyeronokkan...hehehe...sampai je umah tadi walaupun tak larat sesangat, tetapi dengan jayanya berjaya memasak masak lemak ketam + ikan gelama masam goreng + budu. sungguh best...kira balaih dendam la ni...hehehe....


Thursday, April 1, 2010

lempeng nangka

One of the morning, buat bekpes lempeng nangka bekal for the kids. Sudah ketepuan idea nak buat apa. Bukak peti ais...hanya ada nangka. Boleh lah kan...hehehe. Ni ha the amateur photo of the lempeng nangka itew!

memula, hiris nangka nipis-nipis. buang lah biji na. satgi tercekik lak.

pahtu campak jer santan segera masuk...kekeke....supermom nya recipe sempoi ja. mana sempat nak perah santan pepagi sebelum gi opih, sebelum van the kids sampai. nanti tak berbekal pulak irfan, irdina & irsyad.

pahtu...campak pulak tepung gandum masuk.

pastu...masuk telur pulak sebiji.

pastu gaul lah semua bahan2 itu...masuk gula + garam sikit yer nak bagi lemak manis.

tadaaaa....dah siap. ini lah rupa paras lempeng nangka supermom aka sempoi.


Monday, November 16, 2009

Weekend...what else? Masak time...

Recent weekend hujan sepanjang hari. So apa lagi...lepak kat umah ja lah. The kids pun ngadap tv + kejap2.."ibu...lapar"...hahaha...itu ja lah kerja we all baru ni.
Hubby tetiba teringin nak makan sambal tumis kerang + petai. Ada ka orang buat sambai tomih petai dengan kerang? Tatau la. Dah encik hubby nak makan. So, chef amatur ni buat saja la. Sila layan gambaq2 berikut. Heheh...




One of the tea time...hari ahad kot, I cooked kuih cara. Tak sempat nak hidang pun. Sekali angkat liao. Sekali angkat liao. Memang penangan musim hujan. Sampai tak dan (tak sempat) nak amik gambaq end products. Tengok tu...belemoih (comot) habih chef amatur masak. Heheh...

Acuan ni rega (harga) dia RM2.50 sahaja. Boleh di beli di pasaraya LongWan kat Lunas. Saya punya acuan dah jadi kaler coklat sebab dah lama guna dan juga sebab saya rajin guna...(sila jangan muntah!)...hahaha...


Ni adunan kuih cara.

Resepi cara amatur ialah:
Santan, telor, tepung gandum - adun semua. agak2 la..jangan pekat sangat, jangan cayaq (cair) sangat. Kat umah saya mesti ada santan segera ...so at any time nak buat kuih cara atau lempeng (resepi sama jugak)...bancuh saja.

Sapu acuan dengan merjerin dulu. Satgi lekat pulak. Beruih (berus) tu adalah silicon brush...bulu dia tak cayaq (cair). Buleh beli kat Cosway.


Ha...ni lah rupa paras kuih cara bila dah boh dalam acuan dia. Boh la gula secukup rasa.


Siap untuk di makan. Hat siap dah...gambaq takdak no. Takdan nak ambik.


Wednesday, November 4, 2009

Mooo...mooo...

Weekend baru ni tetiba teringin nak makan lidah moo moo. Hehehe...cam scary je ek. Rupa paras dia pun bagi yang tak biasa memang agak kureng menarik. Me masa mula2 kawin dulu pun geli. Hehehe...tapi dah hubby suka kena jugak ler belajaq masak lidah moo moo ni. La ni it become one of my favorite dish. For me the best part of mr.moo moo as of now still Lidah lah...dan masakan yang paling my other half and kids love is Lidah Moo Moo Goreng Kunyit. Sila layan picture berikut ... hehehe...dari mrs cook amatur.

Ini lah rupa paras lidah moo-moo. Ni separuh ja saya beli, Rm10. Kat atas lidah tu dia bergerutu + tak menarik lah sikit. We have to remove this part before cooking.

Camna nak remove part yang bergerutu itu? I am not sure how others do...maybe we can share the tips. How i do is...mula2 for sure kena basuh bagi bersih, then dry it up with kitchen towel then sapu marjerin kat lidah moo-moo too. Then, masukkan ke dalam oven lebih kurang 20-30mins.
OK...bila dah kuar dari oven tu...part yang gerutu tu dia macam jadi kering dan senang nak peel off. So apa tunggu lagi...peel it off je lah.

Then, boleh lah potong sesuka hati lah mengikut juadah apa yang nak dimasak. Tengok texture dia...begitu lembut sekali.

Ini lah dia...Lidah Mr.Moo Moo Goreng Kunyit. Nyummmm! Nyummm!



Wednesday, October 21, 2009

Makan, makan dan makan ...buah katak puru, etok, tapai ubi goreng dan bahulu panas


Apa yang saya & my other half will look for kalu kelik klate dan nok make. Jawapannya ialah ...sila lihat gambar2 di bawah ini...

Bahulu Panas

Bahulu Panas ini dijual disepanjang jalan kat klate. Selalunya chef dia mesti juai sekali dengan kuih akok. Saya tak ler suka sangat kuih akok. Bahulu Panas tetap menjadi pilihan hati. Bahulu Panas ini memang sungguh lazat di makan begitu saja. Sebabnya begitu lemak manis. Ianya di masak dengan penuh tradisi guna sabut nyoq. Kalu oghang ghamai punya la letih tahan asap tara dia nak masak. Kot mana pun me and my other half mesti tunggu jugak sampai the kids naik hangin kat dalam keta. Hehehe...bukan hari2 balik klate.



Tapai Ubi Goreng

Haa....hat ni memang hampa tak jumpa la kat Kedah. Kat Kelantan ja ada. Me & my other half mesti beli Tapai Ubi Goreng kalau pi merewang kat Pasar Pagi Kok Lanas. Nyummm...nyummm...memang sedap di makan begitu saja!



Etok

Mintak maaf no...tak tau siput ni panggil apa kat kedah ka kat KL ka. Kat Klate panggil Etok. My other half & ultramans and power puff girl tu kalu jumpa benda ni memang tak leh cakap apa dah. Beradap makan lagi tak habih. Sekali beli 4 bungkuih...satu bungkuih = 5 kupang. Lupa nak amik gambaq bungkuih dia. Lebih kurang size bungkusan kacang kuda tu la. Ha...ni gambaq etok dan cara2 nak membukanye. Isyraf the 2yrs tu pun dah reti kopek. Adusss....akibat dari memakan etak tanpa hiraukan nasihat isteri dan ibu ialah mereka semua sakit perut dan cirit. Makan satu bungkus tidak mengapa.






Buah Katak Puru

Sekali lagi million sorry because I really dont know what do we call this buah outside klate. It's call katak puru in klate because of appearance yang bergerutu macam kulit katak puru. Nama dia cam scary nak makan. hehehe...but si isyraf the 2 yrs teramatlah suka buah ini. Buah ini terdapat di belakang rumah ayah.





Sekian.

Monday, October 12, 2009

Weekend oh weekend! – masak, outing and handmade jewelries

Kari kepala ikan
Weekend as usual the very very full for me. Hubby has his weekend class on Saturday (2pm-9pm) and Sunday (9am-5pm). I am alone with the 3 ultramans & 1 powerpuffgirl.

On Saturday I cooked kari kepala ikan. My hubby’s favorite. Sori , terlupa nak snap photo while doing it. Rempah kari giling buatan tangan untie kat Pasar Kulim memang pergh!...best gilos. You just let her know what you want to cook...kari ikan ke kari ayam ke kari daging ke kuah mee ke...she then will customize all the rempah ratus for you. Sorry again tak snap the untie’s photo sebab hujan tadi. But sanggup beratur dengan sabarnya demi mendapatkan rempah itu!

Nasi Wangi

I love cooking ...but utk makan sendiri boleh la. And untuk pancing selera the kids i will always put daun pandan masa nak masak tu. The best part setiap kali masak, the kids mesti tanya..."wanginya...ibu masak apa tu"...


Candle Light Dinner

One of the nite last week takde electric. The kids were having fun having candle light dinner. Best jugak! Luckily I had finished cooking sambal tumis telor. Kalau tidak jenuh ler ibu.




Ikan Keli

Ini adalah ikan keli yang hubby bela kat dalam pond kat garden itu. Mungkin dah jemu lama dok kat dalam pond itu maka si ikan keli melompat keluar hingga sampai ke garaj.


Ini adalah si ikan keli yang melompat itu....sedia utk di goreng for lunch over the weekend baru ni :)



Egg Boiler Engineering ...hehehe...


I am the very happy when one day I went to this warung at Lunas area and saw the taukeh used this special egg boiler. I asked where he got it and now I have one at home. Hurrey! The very seronok. Why! Because being a mummy to 4 kids and selfmaid I have to be very multitasking enough when managing housework. My boys & hubby love telor separuh masak and this invention is very simple & easy to use. Just letak the eggs inside and pour water in it - same level as your eggs. The water will dripdown to the below level container and once the water from the top level finish, it means your eggs memang ready to serve - separuh masak dengan cantiknya. It cost me onlyRM7. Walla...!




Masak lagi…sambutan hari kanak2 sedunia @ Irfan’s school – SJKC Hwa Min, Lunas
Ini tahun ke-3 sempena Irfan darjah 3, the ibu has to cook for Hari Kanak2 Sedunia potluck. Muslims parent are required to cook main dishes. So I decided to cook mee goreng for the kids – 45 of them in Irfan’s classroom. Plus the kuih raya and pudding buah – yang ni beli je…hehehe..

Jewelry set for KakSham
KakSham is my babysitter and she is really a nice lady. Thanks to Allah swt for meeting me with great people who treat my kids like her family. KakSham is one of my part time biz dealers. Last week she sold more than 100 cartoon brooches and she refused untuk ambil komisen. I am the very not comfortable with this. So, I decided to recognize her with a set of jewelry. Hopefully she love this set: Bracelet, Ring and Necklace.

Outing outing outing - Empangan Mengkuang
Jalan2 bawak the kids bagi ikan kat empangan tu makan. Letih kejar Isyraf the 2 yrs tu...huh.

Thursday, July 2, 2009

The Best Nasi Beriani Kambing in Town



...i went to Puncak Mutiara Restaurant at Kampung Pelet, Bukit Mertajam recently - celebrating my babysitter's daughter going to U and Pakcik's birthday. wah!wah!wah!...the very best lah the place. was promoted by friends. here i shared some photos. for those who live near by, you guys should go & try...especially at nite. the owner introduce "restoran di dalam ladang" concept.













...sorrylah ye...i haven't had a chance to take photos of my jewelry work. I have a bunch of them ready for sale...i will share soon...