Showing posts with label Charity. Show all posts
Showing posts with label Charity. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Sedikit Yang Sungguh Bermakna - Masjid Samakki

Teks: Azura Abdullah
Foto: Wan Zurina Wan Isa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini entri saya agak berbeza dari yang biasa bagi blog baru ini. Lanjutan dari kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan diketuai oleh insan budiman yang banyak berkorban masa dan tenaga iaitu Puan Wan Zurina Wan Isa atau kalau anda kenal pelakon comel Intan Ladyana…ha itu lah ibunya. Pada tahun lepas, Alhamdulillah dicelah kekalutan Anak-Anak2 Yatim Yayasan diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa kerana tidak menepati piawaian keselamatan BOMBA, dengan kuasa ketukan keyboard melangkaui sempadan Malaysia hingga ke United Kingdom, berjaya juga dikumpul dana untuk memenuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan itu. Menitis air mata kerana tak disangka dapat juga dikembalikan senyuman kepada adik-adik yang menumpang kasih bersama Bonda Wan Zurina mereka serta kakitangan lainnya di sana. Saya selitkan artikel lama tentang usaha terdahulu ini: http://comeybelako.blogspot.com/2012/04/rumah-anak2-yatimmiskin-teratak-rahmat.html

Kali ini, sekali lagi yang dihormati lagi dikasihi Puan Wan Zurina Wan Isa singgah di kotak sms saya menghulur peluang berjariah. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih kerana memilih saya insan kerdil yang tak punya apa-apa…hanya ketukan keyboard bekalan yang saya ada untuk ditukar kepada magnet yang mampu membuka hati rakan-rakan suri sekalian untuk sama-sama mengambil peluang jariah ini. Ini hari mereka, entah bila hari kita. Juga, percayalah…sedekah jariah inilah nantinya penawar yang bakal Allah swt hantarkan untuk merawat kesesakan kita dikala diuji dengan ujian harta benda, kesihatan dan kasih saying – doa mereka-mereka yang pernah kita tolong dan sentuh hatinya begitu mahal sekali rakan suri sekalian biarpun kita saling tak mengenali antara penerima dan pemberi.

Yang dikasihi Puan Wan Zurina  baru-baru ini telah pulang ke kampung menantunya di Patthalung dan diberi kelapangan oleh Allah swt untuk berkunjung ke Masjid Samakki yang separa siap di Kampung Kongra, Lat Kuang, Patthalung, Thailand, 70km dari Bandar Hat Yai. Jumlah penduduk kampung ini anggarannya 500 keluarga dan majoritinya beragama Islam.

Masjid ini telah mula dibina dari tahun 2003 dan sehingga ke hari ini setelah 10 tahun pembinaan masjid ini masih tidak dapat diselesaikan akibat daripada masalah kekangan kewangan. Sumber kewangan bagi pembinaan masjid ini diperolehi dari sumbangan yang di buat oleh penduduk-penduduk kampung ini yang rata rata hanyalah penoreh getah. Jualan amal juga diadakan setiap tahun bagi mengutip dana bagi menampung pembinaan masjid ini. Namun begitu, jumlah yang diperoleh dari penduduk dan jualan amal tidak dapat menampung kos pembinaan dan proses pembinaan masjid tersebut telah dihentikan.

Walaupun separa siap penduduk kampung tetap menggunakan masjid ini bagi  tujuan solat serta aktiviti keaagamaan. Setakat ini yang belum siap adalah kubah, bumbung, tingkap dan pintu masjid. Jumlah yang diperlukan bagi menyiapkan masjid tersebut ialah anggaran RM 20,000 (200,000 bhat)

Dengan rendah hati saya mohon rakan-rakan suri sekalian dapatlah kiranya menyumbang sedikit sebanyak untuk menyiapkan pembinaan Masjid Samakki Muslim ini. Dapatlah penduduk-penduduk Muslim di sini  menunaikan ibadah di dalam keadaan yang lebih baik dan selesa.


Bagi yang sudi membantu bolehlah menyumbang terus ke akaun Maybank 164548062024 (Wan Zurina Wan Isa). Untuk maklumat lanjut atau jika sekiranya ada yang kurang yakin dengan coretan saya, boleh hubungi offline dengan saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com

Terima kasih sekali lagi dari saya.

Salam kasih sayang untuk semua.

Tuesday, July 10, 2012

Terima kasih semua yang berhati besar, yang sudi membuat simpanan akhirat!

Profil Teratak Rahmat

Brothers & Sisters,

Pertama sekali jutaan terima kasih ingin saya ucapkan bagi pihak pengurusan Teratak Rahmat kerana kita sama2 berjaya merealisasikan misi kita untuk membebaskan anak2 Teratak Rahmat dari risiko pusat ini ditutup akibat tidak memenuhi piawaian BOMBA. Kita telah sama2 berjaya mengumpul RM60,000  dan sekarang kerja2 pembinaan memenuhi piawaian BOMBA sedang berjalan.

Terima kasih semua. Moga simpanan akhirat kita tidak terhenti disini...marilah kita terus membantu anak2 ini untuk fasa ke-2 Penambahbaikan Sistem Pendawaian Elektrik Teratak Rahmat. Sasaran kali ini ialah RM40,000. Tiada yang mustahil. Sewaktu mula2 saya menghubungi Encik Azwar, hanya RM4,000 berada di dalam account Teratak Rahmat. Tapi kita semua telah membuktikan tiada yang mustahil jika kita berganding bahu. Dan yang paling uniknya sahabat2 sekalian...sumbangan yang masuk kebanyakannya bukanlah dari golongan korporat dan kaya raya yang menyumbang ratusan/ribuan ringgit...tapi sumbangan dari golongan marhaen/rakyat biasa seperti kita dalam lingkungan RM20 hingga RM200 yang berjaya mengubah situasi ini. Tiada yang mustahil! Mari kita teruskan "Mission Impossible" ini!


Blog Teratak Rahmat : http://teratakrahmat.blogspot.com/


Saluran simpanan akhirat kita adalah seperti berikut:

Akaun Teratak Rahmat

Untuk makluman semua, akaun Bank Teratak Rahmat TELAH DITUKAR (1 APRIL 2009).Untuk keterangan lanjut serta untuk menyalurkan sumbangan tunai, pihak kami boleh dihubungi sebagaimana yang tertera di atas atau melalui telefon (Azwar @ 019-4776482). Bagi tujuan bank-in, sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Bank Muamalat TERATAK RAHMAT di nombor akaun 0901-0019362-72-9.




Akaun MAYBANK bernombor 164070471200 atas nama Azwar Ibrahim juga boleh digunakan.Akaun bank lain juga boleh diusahakan dengan permintaan. Selepas itu mohon maklumkan kami berkenaan deposit tersebut untuk resit disediakan


Sekiranya anda mahu menyumbang dengan cek, tuliskan cek anda atas nama
TERATAK RAHMAT
. (Di belakang cek, sila tuliskan Teratak Rahmat dan program khusus yang mahu anda bantu, sekiranya ada.)

Hantarkan cek anda kepada:
Pengerusi Teratak Rahmat
d/a Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis
Km 1.2, Jalan Mata Ayer
02600 Mata Ayer
Perlis, Malaysia


Salam Kasih Sayang Semua
~Comey Belako~

Monday, April 2, 2012

Rumah Anak2 Yatim/Miskin Teratak Rahmat perlukan bantuan segera

Ah...ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.

"Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?", tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. "Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?". Saya diam saja tanpa jawapan. "Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni", tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. "Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2". Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. "Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?". Belum sempat saya jawab, "Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?", tanya Irdina dengan penuh ikhlas. Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. "Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!". Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap tak endah saya. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. "Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu". Aduh! Anakku..."Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2. Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?"...kau runtun hati ibu lagi anakku. "Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok". Irdina tersenyum puas. "Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.", sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi...air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.

Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini. Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat. Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.

Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.

> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat

Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.

Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.

Wassalam.

Azura
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 22, 2011

Perkhidmatan Percuma Yang Membawa Sejuta Makna...alhamdulillah!

"Intel Involved Volunteers - bringing smiles to the less fortunate"

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah swt permudahkan dan beri kelapangan masa untuk saya bersama2 team NGO WargaKilang mengharungi perkampungan sunyi di sekitar daerah Sik. Terima kasih untuk mak yang sudi tengok2kan cucu-cucu mak yang lasak itu. Irfan, Irdina, Irsyad…maafkan ibu tinggalkan anak2 ibu dengan maktok. Ibu risau anak2 ibu letih nanti. Sementelah bulan puasa pulak. Perjalanan pergi dan balik dari Kulim ke destinasi lebih kurang 300km. Dan juga auntie serta pakcik yang sudi bercucukan Isyraf di hari yang barakah itu. Terima kasih! Tidak lupa juga kepada semua warga Intel Malaysia @ Team Biru Intel Involved yang tidak jemu2 menyumbang wang ringgit, makanan, pakaian dan tenaga untuk program Jalan2 Masuk Kampung Edisi Ramadhan 2011 kali ini. Saya amat berbangga sekali. Setiap tahun warga Intel adalah antara penyumbang utama program ini. Dan yang paling layak menerima ucapan tahniah dari saya tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah Saudara Monier dan rakan2 jawatankuasa team NGO WargaKilang seperti Sdr Warikh, Sdr Lokman, Sdr Fendi, Sdr Wahab, Sdr Syukri, Sdr Aznee dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama yang saya kenal) yang begitu istiqamah dalam mengharungi perjuangan ‘perkhidmatan percuma’ ini – percuma dari ganjaran dunia maksud saya. Tahniah!Tahniah!Tahniah!...dan Tahniah sekali lagi dari saya dan terima kasih yang tidak terhingga kerana membuka jalan kepada kami untuk sama2 memberi ‘perkhidmatan percuma’ ini yang amat berkesan untuk penyucian hati dan minda, seterusnya mengingatkan kita tentang konsep kesyukuran dan rendah diri yang makin menipis di zaman masing2 mengejar harta dunia dan status dunia. Alhamdulillah. 

Konvoi team WargaKilang - sedang susun atur konvoi.

Seawal subuh kami semua telah bersedia menyelenggarakan apa yang patut supaya dapat tiba di tol Gurun seawal 8pagi. Bantuan dari team pengawal keselamatan dari Fuji Electric sememangnya memberi impak yang besar. Tanpa mereka pastinya kelam kabut konvoi perkhidmatan percuma ini…kalau tak silap saya lebih kurang 30 buah kereta pelbagai jenis terlibat dalam konvoi kali ini. Semuanya tersusun rapi. Terima kasih Marshal tak rasmi team WargaKilang! Tahun depan jangan serik join lagi ok ;).

Sdr Lokman yang juga pensyarah kepada suami saya yang sentiasa memberi semangat.
Sdr Aznee, antara peneraju utama aktiviti team NGO WargaKilang
Saya tumpang sekaki. Memberi derma bagi pihak Intel dan juga KCSC (KHTP Committee & Security Council).
 Jumlah penerima sumbangan program Jalan2 Masuk Kampung Edisi Ramadhan 2011 kali ini ialah 41 buah keluarga dan sebuah pusat pengajian pondok persendirian iaitu Pondok Ahmad Nahu. Sungguh menarik! Semua peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, pangkat dan darjat, kereta kecil dan kereta besar bersama2 berganding bahu. Bersama2 meninggalkan jawatan dunia di pejabat masing2 dan hanya membawa diri sebagai seorang manusia @ hamba Allah swt, melangkah kaki ke perkampungan sunyi di daerah Sik untuk berkongsi rezeki kurniaan Allah swt bersama rakan2 kita di sana yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah.

YDP NGO WargaKilang, Sdr Warikh

Antara rumah yang kami ziarah. Rumah Puan Rashidah. Walaupun dhaif tetapi bersih dan kemas.
Namun, satu perkara yang amat menyentuh hati saya dan amat sukar untuk saya terima (**maaf jika ada yang tidak bersetuju…ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai seorang anak, ibu dan isteri**) ialah di persinggahan yang pertama, bilamana seorang ibu yang uzur yang tidak dapat menguruskan diri sendiri hanya tinggal bersendirian. Tinggal bersendirian di dalam sebuah pondok yang amat dhaif dengan kaadaan yang kotor, berbau hancing dan tidak terurus. Sedangkan anaknya sekeluarga tinggal berasingan dirumah berdekatan. Ya, saya faham anaknya juga susah. Walaubagaimanapun, sebagai anak, sejuta alasan sekalipun tidak melayakkan kita untuk memperlakukan ibu kita sedemikian. Sesungguhnya begitu tinggi darjat seorang ibu dan sesungguhnya syurga dibawah tapak kaki ibu. Sehingga kini saya masih tengiang2 jawapan yang diberikan oleh anak makcik tersebut kepada salah seorang dari sukarelawan yang bertanya , “awat tak bawak mak dok sekali?”. Jawapan yang sukar saya terima, “mak dia payah sikit, selalu buat bising ikut dan dia, lepaih tu berak kencing merata”. Betul lah orang dok cakap, seorang ibu boleh bela 10 orang anak, tapi seorang anak tak tentu boleh bela dan jaga seorang ibu. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran yang amat besar dan berada di depan mata kami semua pada episod kali ini. Nauzubillah. Moga kita dijauhkan Allah swt memperlakukan sedemikian rupa kepada ibubapa kita, dan moga Allah swt lindungi kita dari diperlakukan sedemikian rupa oleh anak2 kita. Nauzubillahiminzalik. Marilah kita doakan juga moga dibukakan pintu hati anak makcik ini untuk membawa ibunya tinggal bersama. Supaya dapat makcik uzur ini merasa kasih sayang anak menantu dan cucu di akhir usianya. Amin.


Inilah pondok usang kecil sebesar tandas dirumah kita tempat ibu tua uzur tersebut berteduh bersorangan.

Akhir sekali kami singgah di pondok pengajian persendirian iaitu Pondok Ahmad Nahu. Sungguh dhaif pondok ini. Tak terbayang di fikiran saya masih ada manusia yang sanggup menghantar anak2 ke pusat pengajian sebigini rupa. Dhaif dari segala keperluan asas. Sungguh menginsafkan. Kita kalut dengan matlamat dunia, kalut nak upgrade kereta, kalut nak renovate rumah…kalut serba serbi yang maha kalut dengan duniawi. Tapi mereka2 ini begitu istiqamah menuntut ilmu akhirat tanpa mempedulikan imbuhan dunia. SubhanAllah.


Tazkirah didalam surau serbaguna Pondok Ahmad Nahu.
Walaubagaimanapun sepanjang beberapa minit pengamatan saya berada di pondok ini, kebersihan dan kekemasan perlu sekali diberi perhatian. Kebersihan asas keimanan. Barulah lengkap ilmu agama kita. Dan juga kita perlu terus memberi dorongan dan sokongan kepada pusat pengajian ini bagaimana untuk mendapatkan dana berterusan untuk mereka terus bertapak disitu. Kerana mereka juga manusia yang perlu makan, minum, mandi, perlukan tenaga elektrik, perlukan belanja untuk pengajian seperti membeli kitab2, maintenance asrama/surau dan sebagainya. Ini adalah hakikat yang tidak dapat ditolak. Dan adalah amat cantik sekali jika boleh diberi pendedahan seperti dikaitkan sains dengan ilmu agama yang anak2 ini terokai di pondok ini. Saya percaya ilmu dunia dan akhirat yang seimbang akan memberi banyak manafaat terutamaanya komuniti Islam kita sendiri. Sekadar pandangan cetek dari saya yang amat tidak seberapa ilmunya. Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Pondok Ahmad Nahu, bolehlah menghubungi Saudara Aznee di 012-4323305. Surau mereka sebenarnya adalah tempat serbaguna, disitulah mereka solat, tidur, makan dan juga belajar. Begitu juga bilik mandi, begitu terbuka sekali. Sesungguhnya hati saya teramatlah tidak tenteram sekali bila makcik yang juga merupakan salah seorang penghuni pondok tersebut menyatakan ada juga mata2 nakal mengintai anak2 dara pondok ini dari kebun getah sewaktu mereka mandi. Marilah kita cepatkan pengumpulan dana Pondok Ahmad Nahu ini. Sekurang2nya kita selesaikan proses baikpulih bilik mandi pelajar2 wanita dahulu.


Didalam surau Pondok Ahmad Nahu - rak menyimpan kitab2 dan al quran

Keadaan di dalam surau Pondok Ahmad Nahu.

Maaf gambar blurr...saya pakai hp. Inilah keadaan bilik mandi pelajar wanita yang
amat memerlukan bantuan kita secepat mungkin.
 Sedikit flashback dari aktiviti Ramadhan tahun lepas …. Saya masih tersentuh dengan cara Ustaz di Rumah Anak Yatim Pengkalan Hulu mencari dana. Saya dan rakan2 menziarah Rumah Anak2 Yatim ini ramadhan lalu. Begitu kreatif dan inovatif sang ustaz ini. Keliling asrama dipenuhi cili tanaman teknik fertegrasi. Tidak cukup dangan itu, didirikan pula Homestay utk sesiapa yang ingin merasai pengalaman bersama2 anak2 yatim disitu dan juga untuk sesiapa saja yang perlu penginapan persinggahan sementara jika ke Pengkalan Hulu. Kebersihan – tip top sekali. Saya boleh samakan kebersihan di Rumah Anak2 Yatim Pengkalan Hulu seperti di pejabat saya. Di tandas, anda tak akan jumpa sebutir lumut pun di dalam kolam. Asrama yang tersusun rapi. Jadual waktu memasak bagi pelajar2 perempuan, memasak secara berjemaah mengikut kumpulan untuk seluruh rumah anak2 yatim tersebut. Ustaz Pengetua tak perlu membazir dan pening kepala memikirkan untuk mencari tukang masak dan sebagainya. Anak2 ini dilatih basic survival skills sedari kecil. Ustaz juga creative, pelajar2 cemerlang – dicarinya penaja2 dari syarikat korporat: mereka ditaja dengan laptop dan sebagainya jika keputusan peperiksaan adalah cemerlang. Kesimpulannya, anak2 ini memang boleh berdikari tamat sahaja persekolahan mereka. Ada diantara mereka berjaya ke university dan kembali menabur bakti di Rumah Anak Yatim ini sebagai membalas jasa Rumah Anak Yatim ini kepada mereka suatu ketika dahulu.


Rumah terakhir yang kami singgah ialah rumah ibu tunggal yang baru kematian suami. Anak dua. Rumah dhaif yang bersih dan kemas. Puan Rashidah juga cantik sekali. Terharu menerima kunjungan kami.
Ibu kepada Puan Rashidah yang tidak dapat menahan sebak ketika saya bersalaman dengannya.
Panjang juga saya merepek ;). Walaubagaimanapun, yang jelas, Jalan2 Masuk Kampung anjuran team NGO WargaKilang setiap tahun, setiap edisi berjaya membawa pelbagai jenis peringatan dan benar2 mengajar kita tentang kehidupan yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita yang kononnya senang dan mewah ini.


Wallahua’lam. Yang baik itu dari Allah swt, yang buruk itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri.

**photos courtesy of Kamarul Sahrin - many thanks Kamarul!

Pautan ke blog rakan2 blogger dari team WargaKilang tentang episod kali ini:

Salam Ramadhan
ComeyBelako

Monday, May 2, 2011

Jalan2 Masuk Kampung (Selinsing) dan Doa

Catatan peribadi : Aktiviti Amal Bersama WargaKilang - Jalan2 Masuk Kampung Edisi Selinsing

Kebetulan sekarang saya masih cuba menghabiskan buku yang baru saya beli iaitu "Dahsyatnya Doa Ibu". Dan kebetulan juga masih terngiang2 di telinga saya pesanan Saudara Monier kepada Ustaz Senan dan Isteri ketika berada di rumah mereka berdua sewaktu kami hendak bersurai, "Ustaz, kami balik dulu. Ustaz jangan lupa doakan untuk kami semua ya. Moga Allah swt permudahkan urusan kami semua dunia dan akhirat". "InsyaAllah", jawab Ustaz dengan airmata bergenang sambil mengawal perasaan. Jelas terpancar keikhlasan empunya hati yang disentuh WargaKilang.

Saya pernah membaca satu catatan kuliah agama bahawasanya doa itu termakbul dari usaha yang mana dan lisan yang mana kita tidak akan pernah tahu. Samada dari doa kita sendiri, samada dari doa kedua ibu bapa yang kita kasihi, samada dari doa anak2 yatim dan mereka yang susah dan miskin yang pernah kita bantu, samada dari sahabat-sahabat kita atau saudara mara atau sebagainya, semuanya itu adalah rahsia Allah SWT. Sebaiknya kita terus beristiqamah berdoa dan terus membantu dan membantu sesiapa sahaja disekeliling kita yang memerlukan tanpa mengira pangkat, darjat dan warna bendera yang mereka pegang. Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu dari mana punca makbulnya doa itu dan dari sumber mana sampainya doa itu kepada Allah swt.

Saya amat bangga dan merasa amat bertuah kerana Allah swt temukan saya dengan insan2 hebat dari WargaKilang. Saya takkan lupa pesan ayah mertua, "Di mana sahaja, bawalah diri kita sebagai manusia dan hamba Allah swt. Tinggalkanlah jawatan dunia di pejabat.". Dan itu lah yang saya perhatikan amalan insan hebat WargaKilang. Kebanyakan yang saya kenal mempunyai latar pendidikan dan jawatan dunia yang juga hebat. Tetapi insan2 hebat ini berpijak dibumi nyata dan masih ingat tanggungjawab sebagai insan dan makhluk Allah swt yang kerdil. Dan mereka juga sentiasa ingat tentang kuasa "Dahsyatnya Doa" dari mereka2 yang pernah disentuh hatinya. Tahniah WargaKilang! Moga kalian terus beristiqamah (pesanan untuk diri saya juga). InsyaAllah.

Kecintaan saya dalam kerja amal memang telah bermula dizaman universiti lagi. Kenangan bersama Kelab Kaunseling Dan Kerjaya menjayakan pelbagai program motivasi kepada adik2 di sekolah didalam bandar dan pelusuk kampung adalah titik tolak kecintaan saya ini. Kekadang saya tersenyum juga...saya pernah tersalah langkah. Tamat saja pembelajaran di UTM saya dipermudahkan Allah swt dengan mendapat pekerjaan di salah sebuah kilang tanpa perlu menunggu lama. Walaupun sudah bekerja, saya merasa kosong kerana masih rindukan aktiviti di UTM dulu. Saya berjinak2 di dalam sebuah parti politik, kununnya ingin menggunakan platform politik untuk menyalurkan bakti kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung saya. Ianya tak semudah yang disangka dan seindah yang saya bayangkan. Saya membuat keputusan untuk meletakkan noktah dan terlibat secara sukarela dibawah kapasiti CSR (corporate social responsibility) dan juga badan NGO seperti WargaKilang adalah lebih membawa makna pada saya.

Panjang jugak saya membebel ;). Versi lain boleh didapati di blog2 sahabat WargaKilang yang lain iaitu:

Berikut adalah serba sedikit gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan kami kelmaren sempena Jalan2 Masuk Kampung - Edisi Selinsing. Saya tak ambil banyak gambar sebab mak saya risau dan dok remind saya focus on driving. Hahaha...nampak sangat mak tak confident ;). Mak kata ketaq lutut dia lalu kot bataih bendang naik kereta.

Menyusuri bendang, Sungguh mencabar bagi amatur lady driver macam saya.

Irdina dok packing stationary sets untuk JJMK a nite before.
She was so happy doing so.

Barang untuk didermakan sungguh menyentuh hati.
Kalau dalam politik kena tunggu dana masuk baru buleh wat keja amal. For WargaKilang, Just Do It!

1st experience for my youngest sister.
She was impressed and enjoyed every single moment with WK yesterday.
Good exposure untuk golongan remaja.
Nak berkenalan kena jumpa PakDolah yang garang dan MakKiah yang cengei. Ada berani? hehehe.

Adik Aiman berumur 10tahun - down sindrom.
Macammana nasib Adik Aiman bila Ustaz Senan dan Isteri dah lanjut usia.
Persoalan ini membelenggu saya :(


Sekian. Wassalam.

ComeyBelako

Thursday, April 28, 2011

Here come again....Jalan2 Masuk Kampung NGO Warga Kilang

After being away for a while...focusing on family especially my dearest hubby...it's now time to get back on track. Time to be with the needy. Sekali lagi , InsyaAllah, i will be joining the most passionate team WargaKilang (NGO) to Selinsing, Perak this coming May 1st.

Here below - interesting article written by Saudara Lukman (orang kuat WargaKilang) and also blog owner of http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ about the program.

JALAN-JALAN MASUK KAMPUNG HARI PEKERJA 1 MEI 2011
Author: Saudara Lukman from http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Hari Pekerja 1 Mei 2011 (Ahad) akan menjelang tiba tidak lama lagi. Seperti pada tahun-tahun lepas, NGO Warga Kilang (WK) ingin mengajak mereka yang berkesempatan bersama-sama dalam Program Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) Sempena Hari Pekerja 2011 ini. Tahun ini WK memilih perkampungan nelayan di Selinsing, Perak sebagai lokasi destinasi JJMK ini.

Mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah mengesahkan kedatangan kepada Mohd Shukri Mohamed Talib ‎ melalui email [ees_herbs@yahoo.com]‎ dengan menyatakan bilangan peserta yang akan turut sama. Ini akan memudahkan pihak WK membuat persiapan awal.

Kalau ingin menyumbang dengan peralatan yang diperlukan oleh keluarga berikut, sila maklumkan juga.

Perjalanan dirancang seperti berikut.

Tempat pertemuan ialah Kedai Kopi Non Beehon Sup di persimpangan Jalan Selinsing pada jam 9.30 pagi. Peserta dari lebuh raya boleh ikut Susur Keluar Tol Taiping Utara / Kamunting dan belok ke kiri ke jalan lama menuju ke Bagan Serai. Dari Tol Taiping Utara ke persimpangan Jalan Selinsing ini 6.0 km.

Sila gunakan kemudahan bilik air semasa di Rumah Tol Taiping. Letak kereta anda berhampiran Dewan Orang Ramai di sebelah kiri jalan bersetentang Kedai Kopi Non Beehon Sup ini. Boleh bersarapan di Kedai Kopi ini. Mungkin boleh cuba Beehon Sup yang terkenal di sini.

Pukul 10.00 am selepas taklimat Penyelaras WK di kawasan letak kereta, kita akan bertolak secara berkonvoi.

Keluarga 1.  
Pn. Zaliani Abu Bakar, 33 tahun, anak 6 dan sulung OKU (kesukaran bertutur) di Sungai Pinang, Selising bersebelahan Markas  Sungai Pinang.

Pn. Zaliani yang sekarang ini dalam proses bicara cerai di mahkamah menumpang rumah orang tuanya. Beliau membantu orang tuanya berniaga di warung makan berhadapan rumah. Anak sulongnya 14 thn, L mengalami kesukaran bertutur dan kini tidak bersekolah disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Beliau berkebolehan dan minat membaiki peralatan elektrik dan berharap melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Anak-anaknya yang lain 13 thn P, 10 thn P, 8 thn L, 6 thn L dan  1 ½ thn P.

Pn. Zaliani pernah bekerja kilang sebelum ini tetapi kesukaran dengan anak-anak kecil membuatkan beliau bertekad untuk berniaga di warung makan milik orang tuanya.

Peralatan pinggan-mangkuk yang digunakan agar uzur. Pn. Zaliani juga memerlukan periuk keluli tahan karat untuk mengisi dan memanaskan kuah Laksa dan Mee Rebus.

Selain dari itu Pn. Zaliani masih belum dapat mendaftarkan anak OKU nya di Kebajikan Masyarakat kerana belum mendapat pengesahan perubatan.

Kereta peserta boleh diletak di halaman rumah.

Keluarga 2.
Sdr. Mohd Reduan Lok, 44 tahun di Sungai Pinang, Selising bersempadan Jalan Selinsing dan Jalan Gula. Seorang Pengawal Keselamatan mualaf yang tercedera akibat kemalangan motosikal pada 1 Ogos 2010. Reduan yang mempunyai 3 anak (14 thn L, 11 thn P dan 6 thn P) yang masih dalam rawatan susulan di Hospital Taiping, kini hanya membantu isterinya membuat kuih (Mini Martabak dan Cucur Jawa).

Isteri Reduan membuat kuih dengan peralatan serba kekurangan. Beliau masih menggunakan kuali kecil yang mengambil masa lama untuk mengoreng Mini Martabak.

Mujurlah rumah yang didiami sekarang dibina di tanah pusaka mertuanya.

Kereta peserta hendaklah diletak di jalan besar. Perlu berjalan kaki sejauh 300 m. Rujuk peta.


Keluarga 3.
En. Awi, pembuat Bubu Ikan Sembilang di Parit 4, Selising.

En. Awi membuat sebuah bubu sehari dengan harga jual RM 25.00. Rotan pula perlu dibeli. Dengan pendapatan ini, beliau menyara isteri, 3 orang anak (24 thn P, 14 thn P dan 12 thn P), ibu dan seorang adik lelaki. Akibat kesempitan hidup, 3 orang anaknya lagi (18 thn L, 17 thn P dan15 thn P) yang sudah tidak bersekolah  tinggal di rumah adiknya dan bekerja di kedai makan di Sungkai.

Boleh parking di halaman rumah.


Keluarga 4.
Pn. Arbayah Hamzah 44 tahun, janda anak 5 di Parit 3D, Selising.

Pn. Arbayah yang kematian suaminya 5 tahun lalu kini menumpang di rumah orang tuanya. Beliau bekerja  sebagai pembantu kedai makan menyara 5 anaknya (15 thn P, 14 thn P, 11 thn L, 9 thn L dan 5 thn L).

Beliau bercadang untuk mengambil upah menjahit bagi menambah pendapatannya.

Rumahnya sebelum balairaya dan persimpangan tali air Parit 3D, Selising.

Rumah tepi tali air. Berhati-hati semasa parking atau reverse kereta.


Keluarga 5. 
Pn. Noriah,, Parit 1 Selinsing. Pn. Noriah (9 orang anak) terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah orang (beberapa buah rumah) sebab suami ditahan di pusat pemulihan kali kedua. Anak sulung pernah ditahan juga. Anak kedua, perempuan 20 tahun kerja di BMLTR  bersama adik lelaki yang sudah tidak bersekolah. Anak perempuan 18 tahun sudah berkahwin dengan pemandu lori.

Memerlukan pakaian dan peralatan sekolah untuk 13 P, 10 P dan 7 P.

Rumah tepi tali air. Berhati-hati semasa parking atau reverse kereta.


Keluarga 6.
Adik Azizah, 13 tahun. Ting 1 di SMK Selinsing. Tak mampu ke sekolah asrama walaupun UPSR 5A.  4 orang adik-beradik. Ibunya bekerja di Kilang Kabat. Mereka menumpang nenek.  Ayah meninggal .  


Keluarga 7.
Ust. Senan cacat anggota jari, anak 10 L lumpuh semenjak kecil, tidak boleh bercakap tetapi boleh mendengar dan faham percakapan orang lain. Memerlukan lampin pakai buang.

Bahagian dapur dan bilik air/tandas bau dibina atas sumbangan. Tetapi dinding dan lantai serta tangga reput. Dinding berlubang-lubang.

Tiada almari kain/baju dan rak pinggan. Disyorkan sumbang almari kain/baju plastik dan rak pinggan plastik. Untuk masa panjang, perlu tambak jalan hingga ke rumah.

Kereta boleh sampai kepala Tali Air sahaja. Kena jalan kaki.


Keluarga 8.
Pn. Sharizal, kakak ipar dan jiran Ust. Hanan.

Janda anak 3. Anak lelaki sulung 23 kerja kilang, anak kedua 22 tahun kerja pasar malam di Johor. Anak bongsu lelaki 18 tahun baru habis SPM dan bercadang sambung pelajaran. Untuk masa panjang, perlu tambak jalan hingga ke rumah.

Kereta boleh sampai kepala Tali Air sahaja. Kena jalan kaki.


Keluarga 9.
Adik Jamnah, 3 orang beradik Anak yatim piatu. Kakak sulung tingkatan 4 di SMK Abu Bakar Al-Baqir dan Abang Tingkatan 3 Tahfiz Masjid Tinggi. Tinggal bersama emak dan bapa saudara di Kg Teluk Sama Gagah Selinsing.

Bapa saudara menanggung 5 anak sendiri dan 3 anak saudara serta mertua dengan pendapatan  membela kambing kerana tidak boleh kuat akibat kemalangan jalan raya.


Keluarga 10.
En. Ismail, Penangkap Ketam dengan mata kabur, di Sungai Protan, Selising.

En. Ismail dan isterinya Pn. Lela mempunyai  3 anak perempuan (13 thn, 10 thn dan 5 thn). Mata En. Ismail yang tercedera akibat terkena mata pisau mesin rumput menyebabkan beliau sukar untuk bekerja sebagai Penangkap Ketam. Anaknya yang sulung akan membantu En. Ismail setiap pagi sebelum ke sekolah.

En. Ismail bekerja dengan tauke Cina menggunakan semua peralatan/bot tauke.

Mujurlah beliau mendiami di rumah pusaka.

Rumah tepi tali air. Berhati-hati semasa parking atau reverse kereta.

Laluan ke rumahnya rujuk peta.


Keluarga 11. Baru dimaklumkan.  
MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG

Penduduk di Selinsing ini ramai yang mencari pendapatan tambahan dengan menjual hasil laut. Sebagai contoh Ketam (RM7 – RM8 sekilo), Ikan Semilang (RM15 sekilo) dan Lokan (RM4 satu pot tin susu). Ada juga Ayam Kampung dan Telur Ayam Kampung. Juga terdapat Gelama Masam. Manakala Sepat dan Haruan Kering bukan musimnya.

Kami juga bercadang hendak membeli sambil menyumbang Mini Martabak dan Cucur Jawa En. Mohd Raduan Lok.

Jika ada yang berminat boleh membuat tempahan terlebih dahulu.



Catatan kaki.

Ada yang masih beranggapan apabila Cuti Umum Hari Pekerja pada 1 Mei itu adalah penghargaan khusus kepada pekerja-pekerja kolar biru. Ada juga yang bersetuju ianya termasuk untuk pekerja kolar putih. Tetapi masih tidak dapat menerima hakikat ianya juga penghargaan kepada pekerja di sektor perladangan, pertanian malah termasuk pekerja di sektor perkhidmatan seperti restoran, kedai makan, warung, pasar malam dan sebagainya. Istilah buruh yang digunapakai sebelum ini mungkin nampak menjurus kepada mereka yang bekerja dengan berupah. Istilah pekerja yang tidak mengenal sempadan bentuk dan jenis pekerjaan mungkin tepat menggantikan istilah buruh.

Ramai yang tidak tahu bahawa  kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum. Hinggalah V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.

Sambutan Hari Pekerja (dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh) pada setiap 1 Mei adalah sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan pekerja kepada pembangunan negara. Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut sejak 1972 selepas pengumuman pada Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja Umno yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972. Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Bagaimana tidak semua pekerja di dunia ini menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei.  Negara Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, HONG Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Negara Kanada dan Amerika Syarikat menyambut Hari Pekerja pada 2 September dan Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja menyambut pada 23 November. Manakala negara New Zealand  pada 28 Oktober dan negara  Britain pada 6 Mei.

Thursday, April 21, 2011

It doesn't take much from us! - bantuan Anak-Anak Yatim Palestin

Friends,

I would like to encourage everyone to support. Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang kini sedang menjalankan kempen bagi mendapatkan penaja bagi Anak-Anak yatim Palestin . Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih kurang 300 Anak-Anak Yatim Palestin yang memerlukan bantuan kewangan dari kita yang hidup di bumi bertuah ini. Kebanyakan mereka mempunyai prestasi yang amat baik dalam pelajaran. Semua anak yatim Palestin ini telah kematian bapa yang dibunuh oleh Yahudi Zionis. Mereka kini tinggal bersama ibu masing-masing di rumah yang amat daif. Pihak NGO Aman Palestin Pulau Pinang ingin menarik perhatian golongan profesional yang berkemampuan untuk sama-sama berganding bahu menjayakan usaha ini. Caranya amatlah mudah. Kita hanya perlu memberi komitmen secara bulanan sebanyak RM150 selama setahun untuk menaja seorang anak yatim dari bumi Palestin.

Anda juga boleh berkongsi dengan kawan-kawan untuk merealisasikan RM150 sebulan selama setahun. Saya sendiri berkongsi dengan 2 orang sahabat baik saya iaitu Puan Jaliza Sehak & Puan Azhana Ahmad Basir untuk sama-sama menjayakan hasrat murni ini. Bukan utk riak dan kami tak layak pun utk riak dgn hanya RM50 sebulan. Mesej saya di sini ialah we can make a huge different dengan berganding bahu + bersatu padu walaupun dengan dengan hanya RM50 sebulan. Umat Islam selalu menggunakan alasan tidak mempunyai funding yang kukuh dari segi kewangan. WargaKilang telah mengajar saya alasan tersebut tidak boleh diterima pakai lagi di zaman ini. Program2 anjuran WargaKilang yang begitu berjaya dan menyentuh hati adalah buktinya. People Power dapat merealisasikan segalanya. Dengan cara perkongsian ini juga anda tidak akan rasa terbeban. Masa tak menunggu kita. Anak-anak yatim ini perlu meneruskan kehidupan. Wait no more! Join now.


The process are so simple:

1)You can contact the Program Manager for Penang : Mr. Budiyanto from Aman Palestin Pulau Pinang (search for Budi Yanto in FB or email him at budi0030@yahoo.com or 0195235592). You will be provided with the children’s profile and choose which one you would like to sponsor.


2)Fill up sponsorship form at http://amanpalestinpp.blogspot.com/p/borang-tajaan-anak-yatim.html

3)Payment via online transfer to Maybank 562263010787 or Bank Islam 12029010059895 atas nama Aman Palestin Berhad, RM150 per month or RM1800 per year.

4) Receipt will be granted via email or post by the program manager.

Thank you.

Azura on behalf of Budi Yanto, Program Manager of Aman Palestine Penang



.

Saturday, January 29, 2011

Jom! Saham Akhirat.

Salam Bloggers,
Onbehalf of NGO WargaKilang Committee Members, i would like to encourage participation from bloggers especially those from Nothern Region to join us for a charity work at Sekolah Pondok Bandar Hilir. Details agenda are as below and you guys can contact below listed committee members for further clarification. Snapshots on Sekolah Pondok Bandar Hilir are also available via http://moniermatdin.blogspot.com/2011/01/ngo-wargakilang-selangkah-ke-alam.html. Do check it out!


Program: Sehari Bersama Pelajar Pondok (SBPP)
Lokasi: Markaz AT-Ta'alim Wattarbiah ( Pondok Bandar Hilir) Teloi Tua, Kedah
Pengetua: Ustaz Ismail Mahmud
Hari : Sabtu
Tarikh: 19hb Februari 2011
Masa: 07.30a.m - 6.00p.m
Jadual program: ( tertakluk kepada sebarang pindaan)
0730-0800: Berkumpul di Kulim Hi-Tech Park Parking Lot
0800-0900: Bertolak ke Pondok Bandar Hilir melalui Kuala Pegang
0900-0930: Taklimat dan pembahagian kerja
0930-1230: Gotong royong , memasak, mengecat dan membersih bangunan utama
1230-1330: Makan Tengahari ( makan & minuman disediakan oleh NGO Wargakilang)
1330-1400: Solat Zohor
1400-1500: Tazkirah dari Ustaz Ismail
1500-1630: Sesi motivasi pelajar pondok
1630-1655: Jamuan Petang ( makanan dan minuman disediakan oleh NGO Wargakilang )
1655-1715: Solat Asar
1715-1750: Majlis penutup, penyampaian kitab2 dan sumbangan barangan makanan dll
1800- : Bersurai

DIbawah disertakan senarai sumbangan yang diperlukan untuk makluman pihak tuan puan .

1) Sumbangan kitab2 pengajian untuk pelajar2 (sila rujuk fail yg disertakan)
2) Sumbangan cat undercoat putih & peralatan mengecat
3) Sumbangan makanan ( beras, gula dan lain2)
4) Sumbangan peralatan utk pembelajaran (whiteboard, whiteboard pen , buku tulis dll)
5) Sumbangan pekakas utk gotong royong ( penyapu, toiletries dll )

Contact person utk pemberian sumbangan:

Warikh :019-4701477 ( Kaw. tengah KL dan Selangor)
Sahrul: 012-6315244 ( Kaw. tengah KL dan Selangor )
Monier: 012-4128209 ( Kedah Selatan)
Fendi : 012-4097266 ( Seberang Perai )
Wahab: 0194700759 ( Pulau Pinang)
Shukri: 019-5407859 ( Pulau Pinang)
Aznee: 012-4323305 ( Kedah Utara)
Sattar: 019-4004655 ( Seberang Perai )
Halim: 012-4684630 ( Kedah Selatan)
Lukman: 019-5582626 ( Perak Utara )

Note:
1) Semua sumbangan adalah dalam bentuk barangan yang telah disenaraikan diatas sahaja. Pihak NGO tidak menerima sebarang sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk program ini.
2) Sebarang pertanyaan sila hubungi Shukri (019-5407859) utk penyelarasan.
3) Program ini terbuka utk semua dan bagi yang berminat utk turut serta sila berikan nama bagi memudahkan penyelarasan aktiviti dan persediaan makanan.

Sekian harap maklum,
Shukri (019-5407859)
NGO Wargakilang

Monday, November 15, 2010

Jalan2 Masuk Kampung Edisi Banjir - Kepala Batas, Alor Star

WargaKilang
Alhamdulillah. Again, I have been given this great opportunity by Allah SWT with family and friends from Warga Kilang to give back to the community. Yesterday, we went for Jalan2 Masuk Kampung at Kepala Batas. First of all, salute to the key players of WargaKilang, Sdr Monier, Wahab, Aznee, Shukri and those i know their faces but i cant recalled their names. Not to forget, my supportive hubby and my angels. The effort done by these people are just amazing. I am speechless. No media coverage. It is just nothing. The only thing that these folks have is one word "Passion". These people are not millionaires, but they are "millionhearts". 

Lapangan terbang Kepala Batas Alor Setar...hujan renyai2 masa ni.
Yesterday was quite tough. We were struggled with time. Most of us had to attend to our kids 'Year End Prize Giving Ceremony" before lunch. Once the event finished, we immediately heading to Gurun and gather over there before heading to Kepala Batas. In the middle of the highway, polis trafik pulak kacau...stopped one of the car - cermin gelap - i think it was rakan Pembela's car. 

Dok susun convoy kat gurun.
At any charity event I will try my very best to have my family around...this is the best family gathering and activities we should do in my version lah. My angels Irfan, Irdina and Irsyad were so happy giving their helping hand distributing the donation items for the less fortunate at Kepala Batas. At this modern era, especially those professional folks, we need to give exposures on this type of avenue to our kids. Our kids are so comfort with what they have and once a while let's move them out of comfort zone!

Antara penduduk kampung yang menerima sumbangan dan
bacaan doa di ketuai oleh PakLong.
Monier and WargaKilang key players successfully gathered 50 less fortunate families at one of the restaurant near Kepala Batas Airport and we could see excitement in them. The donations handover ceremony went well, simple ceremony but so meaningful. These people (WargaKilang) are really good in what they do. Salute again guys!

 Looking at the houses, I am speechless ...i wonder how these people with low and medium income will have to rebuild their life from zero. There are just nothing left! NOTHING! Along the way we can see tonnes of damaged furnitures awaiting for Majlis Perbandaran to collect. I saw many cars towed by towing cars too. The villagers were busy with house cleaning etc. 


Top: waktu banjir - penduduk berkawal di atas bumbong rumah masing2 &
Team wargakilang serahkan donation.
Bottom: selepas banjir.


Top: waktu banjir
Bottom: selepas banjir

Top: waktu banjir
Bottom: selepas banjir


I agree with what said by Monier, despite of making huhahuha whether the YB of UMNO or PAS or state or federal helping out the people or not, WHY NOT WE OURSELVES ASKING, WHAT DO I CONTRIBUTE? WHAT I HAVE DONE TO HELP OUT?  These are the questions that we should ask as a responsible citizens.


Taking WargaKilang as a superduper great example...you dont have to be a millionaire to help out and contribute. There are many many ways to help out and it really doesnt take much for you to do so. The photos explained. The way WargaKilang do things is always inspirational to me - it is very impromptu and simple but the result is superb. It is proven in many charity works done by the team. The donors just have to donate anything relevant, available and they can afford it and there is no minimum limit. And again, the team do not busy for media coverage. These people are very passionate in what they do and love to do to help out the less fortunate. Allah swt is the great media coverage and we have Raqib and Atid watching us. Why busy with media coverage?

Team WargaKilang dok susun barang2 sumbangan.

Antara barang2 sumbangan - susun bagi sama banyak, adil dan saksama untuk 50 keluarga.
Macam2 adaaa.....

Oh! Apakah yang saya merepek ini :). In summary...i urge everyone to give back to community. Penglibatan yang baru seminit dua dengan WargaKilang ini mengajar saya tentang banyak aspek kehidupan. 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."Q.S Ibrahim : 7


"Orang orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga." Q.S


Berkati usaha kami Ya Allah! Jauhi kami dari sifat riak. Limpahilah kami dengan rezeki yang tak disangka2, moga kami dapat teruskan usaha murni ini. Amin.

If you want to know more about WargaKilang activities, join us at WargaKilang at Facebook or Wargakilang@yahoogroups.com.


Note: Photos courtesy of Monier, Aznee and Wahab.

Wassalam.