Wednesday, October 2, 2013

Sedikit Yang Sungguh Bermakna - Masjid Samakki

Teks: Azura Abdullah
Foto: Wan Zurina Wan Isa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini entri saya agak berbeza dari yang biasa bagi blog baru ini. Lanjutan dari kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan diketuai oleh insan budiman yang banyak berkorban masa dan tenaga iaitu Puan Wan Zurina Wan Isa atau kalau anda kenal pelakon comel Intan Ladyana…ha itu lah ibunya. Pada tahun lepas, Alhamdulillah dicelah kekalutan Anak-Anak2 Yatim Yayasan diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa kerana tidak menepati piawaian keselamatan BOMBA, dengan kuasa ketukan keyboard melangkaui sempadan Malaysia hingga ke United Kingdom, berjaya juga dikumpul dana untuk memenuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan itu. Menitis air mata kerana tak disangka dapat juga dikembalikan senyuman kepada adik-adik yang menumpang kasih bersama Bonda Wan Zurina mereka serta kakitangan lainnya di sana. Saya selitkan artikel lama tentang usaha terdahulu ini: http://comeybelako.blogspot.com/2012/04/rumah-anak2-yatimmiskin-teratak-rahmat.html

Kali ini, sekali lagi yang dihormati lagi dikasihi Puan Wan Zurina Wan Isa singgah di kotak sms saya menghulur peluang berjariah. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih kerana memilih saya insan kerdil yang tak punya apa-apa…hanya ketukan keyboard bekalan yang saya ada untuk ditukar kepada magnet yang mampu membuka hati rakan-rakan suri sekalian untuk sama-sama mengambil peluang jariah ini. Ini hari mereka, entah bila hari kita. Juga, percayalah…sedekah jariah inilah nantinya penawar yang bakal Allah swt hantarkan untuk merawat kesesakan kita dikala diuji dengan ujian harta benda, kesihatan dan kasih saying – doa mereka-mereka yang pernah kita tolong dan sentuh hatinya begitu mahal sekali rakan suri sekalian biarpun kita saling tak mengenali antara penerima dan pemberi.

Yang dikasihi Puan Wan Zurina  baru-baru ini telah pulang ke kampung menantunya di Patthalung dan diberi kelapangan oleh Allah swt untuk berkunjung ke Masjid Samakki yang separa siap di Kampung Kongra, Lat Kuang, Patthalung, Thailand, 70km dari Bandar Hat Yai. Jumlah penduduk kampung ini anggarannya 500 keluarga dan majoritinya beragama Islam.

Masjid ini telah mula dibina dari tahun 2003 dan sehingga ke hari ini setelah 10 tahun pembinaan masjid ini masih tidak dapat diselesaikan akibat daripada masalah kekangan kewangan. Sumber kewangan bagi pembinaan masjid ini diperolehi dari sumbangan yang di buat oleh penduduk-penduduk kampung ini yang rata rata hanyalah penoreh getah. Jualan amal juga diadakan setiap tahun bagi mengutip dana bagi menampung pembinaan masjid ini. Namun begitu, jumlah yang diperoleh dari penduduk dan jualan amal tidak dapat menampung kos pembinaan dan proses pembinaan masjid tersebut telah dihentikan.

Walaupun separa siap penduduk kampung tetap menggunakan masjid ini bagi  tujuan solat serta aktiviti keaagamaan. Setakat ini yang belum siap adalah kubah, bumbung, tingkap dan pintu masjid. Jumlah yang diperlukan bagi menyiapkan masjid tersebut ialah anggaran RM 20,000 (200,000 bhat)

Dengan rendah hati saya mohon rakan-rakan suri sekalian dapatlah kiranya menyumbang sedikit sebanyak untuk menyiapkan pembinaan Masjid Samakki Muslim ini. Dapatlah penduduk-penduduk Muslim di sini  menunaikan ibadah di dalam keadaan yang lebih baik dan selesa.


Bagi yang sudi membantu bolehlah menyumbang terus ke akaun Maybank 164548062024 (Wan Zurina Wan Isa). Untuk maklumat lanjut atau jika sekiranya ada yang kurang yakin dengan coretan saya, boleh hubungi offline dengan saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com

Terima kasih sekali lagi dari saya.

Salam kasih sayang untuk semua.

No comments: