![]() |
| Gambar Kredit kpd: Din Stonkol Tropedo |
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah sekali lagi dapat bersama-sama Team NGO WargaKilang masuk
kampung di daerah pedalaman Selama/Batu Kurau. Seperti selalunya setiap kali ikut Team NGO WargaKilang masuk kampong saya akan selalu terfikir dari mana datangnya energy mereka2 yang amat istiqamah ini...mereka2 yang saya mula kenal sewaktu mula2 saya mendekatkan diri dengan WK. Mereka itulah, mereka yang sama. Ini bukan kerja bergaji, ini perkhidmatan percuma, cuma gaji dariNya. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membuat homework mencari mereka yang kurang bernasib baik dari segenap pelusuk kampung, coordinate sumbangan,coordinate puluhan kereta dijalanan...tapi hairan...beberapa tahun saya bersama mereka...semuanya kelihatan mudah dan sememangnya dipermudahkan olehNya buat mereka2 ini. Saya sekeluarga doakan insan2 yang cukup beritiqamah ini terutamanya Sdr.Monier, Ir.Wahab, Sdr.Shukri, Sdr.Fendi, Sdr.Aznee, Sdr Satar (mereka2 ini yg saya kenal dipermulaan penglibatan saya bersama wk melalui company saya bekerja) dan yang lainnya dikurniakan kesihatan berpanjangan -mereka ini juga lah antara yg banyak memberi sokongan moral sewaktu saya bertarung dengan ujian kesihatan suami saya (strok). Hanya Allah swt yg dapat membalasnya. Amin.
Gambar kredit kpd: Che Jaafar
Saya juga amat kagum dengan kebolehan Team Marshal WK kali ni...hanya dengan beberapa motosikal mereka pantas dan tangkas mengawal konvoi. Dari pengalaman saya berkonvoi bersama2 suami dan bikers lain (kisah epic dan sejarah sudah...moto dah juai;))...saya belum pernah melihat coordination selancar ini. Pengguna2 jalanraya lainnya seperti dikawal oleh remote control Team Marshal WK, menurut kata. Sepanjang pengalaman saya berkonvoi motor besar dahulu kala, bukan sesuatu yang mudah kerana ramai pengguna jalanraya yang nakal dan tidak memberi kerjasama. Tetapi tidak dengan team Marshal WK. Anda semua memang hebat!.
![]() |
| Gambar Kredit kpd: Che Jaafar |
Marshal Sungai pun ada..kau ado? ;)
Sebelum tu saya minta maaf sebab tajuk macam gempak kot omputeh ;). Perkataan tu lah depa dok guna dalam management/leadership training kat
tempat saya kerja. Selama beberapa tahun dok ikut Team NGO WargaKilang keluar
masuk kampung ni...apa yang saya nak kata di sini ialah kemerosotan konsep
"distribution of responsibility" atau "pengagihan/perkongsian
tanggungjawab" di kalangan masyarakat kita khususnya Melayu Islam semakin tidak
selari dengan kerancakan ekonomi negara. Dok ingat makin hari makin ok, tapi
koi dok mengejar kemajuan masih ramai yang ketinggalan.
Antara sumbangan team WK
Thanks to Uncle Baju Hitam ni dok layan si Caf distribute stationeries
duit depa share adik beradik bersama kak along.
Wassalam.
They call this "home", our garage even bigger.
Nak berdiri pun tak boleh and they call it dapur. Sad.
Bilik mandi...my youngest said...dia tak pi toilet dah malam2 camni.
Bayangkan kalau setiap kampung atau taman dan sebagainya
boleh amalkan konsep "distribution of responsibility" ni atau paling
tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok buat ni. Buat macammana? ... peka
kepada keadaan sekeliling (mereka yg memerlukan) dan berganding bahu berkongsi
rezeki.
Bayangkan kalau setiap mereka yang diberi amanah menjaga
kebajikan rakyat sekurang2nya mampu menggerakkan konsep "distribution of
responsibility" ni atau paling tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok
buat ni.
Bayangkan kalau setiap jiran sekeliling boleh amalkan
konsep "distribution of responsibility" ni atau paling tepat macam
apa yang NGO WargaKilang dok buat ni.
Bayangkan kalau adik beradik saudara mara sepupu sepapat
boleh amalkan konsep "distribution of responsibility" ni atau paling
tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok buat ni.
...Cuba bayangkan...
Episod JJMK yang kita lihat ni sebenarnya cermin kepada
episod-episod drama keluarga yang berlaku...contoh paling mudah...seorang ibu
tua beranak ramai yang sakit, anak2 sibuk dengan kerjaya dan urusan keluarga
masing2 dan kebanyakannya tinggal jauh. Secara automatik kita merasakan
tanggungjawab jatuh kepada anak menantu yg tinggal berdekatan utk menguruskan
si ibu tua ini. Manakala anak2 yang lainnya hanya datang melawat bila masa
mengizinkan. Ironik bukan? Tapi itulah hakikat yang berlaku dalam skil keluarga
besar Masyarakat Melayu Islam sekarang..."ini bukan tanggungjawab aku,
tapi engkau! kerana aku ada 1001 alasan"
Makcik ni menangis terharu waktu dihulurkan sumbangan ;(
Malam dah melewati pagi. Sampai di sini dulu. Semoga
usaha Team NGO WargaKilang diberkati olehNya sentiasa. Kali ni saya tak sempat
nak beramah mesra dengan rakan2 Team Wargakilang yang kebanyakannya muka2 baru
sebab kali ni pertama kali bawak si bongsu 5tahun join...dok ligan dia ja. Mandi
sungai pun dia yang mula2 start..orang baru dok rendam kaki...dia dah rendam
satu badan...ibu nak pekena duyan pun takdan. Kempunan.
Wat gapo tu heh?
Excited dapat tengok ayam cantik.
Ber"Tarzan" di dahan pokok pulasan adalah heaven!
Other articles on Team NGO WargaKilang:
Wassalam.
Comey Belako
Sent from my BlackBerry® wireless device via
Vodafone-Celcom Mobile.













2 comments:
u've been tagged! ;P
http://asleez-asrolareleez.blogspot.com/2012/12/tag-25-random-facts-about-me.html
I hope yοu wгіte more often
I really enjoy reading your tгainіng.
mу webρage - garcinia cambogia extract weight loss supplement
Post a Comment