Thursday, April 21, 2011

It doesn't take much from us! - bantuan Anak-Anak Yatim Palestin

Friends,

I would like to encourage everyone to support. Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang kini sedang menjalankan kempen bagi mendapatkan penaja bagi Anak-Anak yatim Palestin . Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih kurang 300 Anak-Anak Yatim Palestin yang memerlukan bantuan kewangan dari kita yang hidup di bumi bertuah ini. Kebanyakan mereka mempunyai prestasi yang amat baik dalam pelajaran. Semua anak yatim Palestin ini telah kematian bapa yang dibunuh oleh Yahudi Zionis. Mereka kini tinggal bersama ibu masing-masing di rumah yang amat daif. Pihak NGO Aman Palestin Pulau Pinang ingin menarik perhatian golongan profesional yang berkemampuan untuk sama-sama berganding bahu menjayakan usaha ini. Caranya amatlah mudah. Kita hanya perlu memberi komitmen secara bulanan sebanyak RM150 selama setahun untuk menaja seorang anak yatim dari bumi Palestin.

Anda juga boleh berkongsi dengan kawan-kawan untuk merealisasikan RM150 sebulan selama setahun. Saya sendiri berkongsi dengan 2 orang sahabat baik saya iaitu Puan Jaliza Sehak & Puan Azhana Ahmad Basir untuk sama-sama menjayakan hasrat murni ini. Bukan utk riak dan kami tak layak pun utk riak dgn hanya RM50 sebulan. Mesej saya di sini ialah we can make a huge different dengan berganding bahu + bersatu padu walaupun dengan dengan hanya RM50 sebulan. Umat Islam selalu menggunakan alasan tidak mempunyai funding yang kukuh dari segi kewangan. WargaKilang telah mengajar saya alasan tersebut tidak boleh diterima pakai lagi di zaman ini. Program2 anjuran WargaKilang yang begitu berjaya dan menyentuh hati adalah buktinya. People Power dapat merealisasikan segalanya. Dengan cara perkongsian ini juga anda tidak akan rasa terbeban. Masa tak menunggu kita. Anak-anak yatim ini perlu meneruskan kehidupan. Wait no more! Join now.


The process are so simple:

1)You can contact the Program Manager for Penang : Mr. Budiyanto from Aman Palestin Pulau Pinang (search for Budi Yanto in FB or email him at budi0030@yahoo.com or 0195235592). You will be provided with the children’s profile and choose which one you would like to sponsor.


2)Fill up sponsorship form at http://amanpalestinpp.blogspot.com/p/borang-tajaan-anak-yatim.html

3)Payment via online transfer to Maybank 562263010787 or Bank Islam 12029010059895 atas nama Aman Palestin Berhad, RM150 per month or RM1800 per year.

4) Receipt will be granted via email or post by the program manager.

Thank you.

Azura on behalf of Budi Yanto, Program Manager of Aman Palestine Penang



.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,
Saya ada menaja anak yatim palestine sejak setahun lalu semata2 mengharapkan sedikit bekalan di hari yang tak de pertolongan lain selain amalan kita. Moga2 amalan ini diterima Allah swt.

Cuma saya sarankan pada Aman Palestine, carilah jalan untuk sedikit connection between penaja dan anak yatim yang ditaja untuk motivasi menaja yang berterusan. Sekurang-kurangnya gambar terkini, surat dsbnya. Kerana setelah setahun menaja tanpa apa-apa update, terasa macam, sampai ke duit tu ? Al maklumlah, syaitan kan sentiasa berbisik dalam perkara seperti ini. Maka timbullah rasa tiada motivasi untuk membuat penajaan berterusan sedangkan duit itu ada.

Unknown said...

Waalaikumsalam.
I really agree with you. Sebabnya apa yang kita buat pun we have to relate to the fact of human behavior. Sedikit human touch akan memberi impact yang besar dalam kejayaan sesuatu program/effort.

I will surely bring this matter to the Program Manager, Saudara Budiyanto.

Many thanks again for your feedback.

Aman Palestin Pulau Pinang said...

Terima kasih kepada Anonymuos atas pandangan. Namun, pertama sekali saya perlukan butiran peribadi tuan/puan dan anak yatim yang ditaja agar pihak kami dapat buat semakan.

Berkaitan dengan maklum balas daripada anak yatim, sebenarnya kami telah cuba sedaya mampu untuk menghantar laporan minima setahun sekali kepada penaja. Namun, kami akui pada tahun-tahun yang lalu kami tidak dapat menyediakannya kerana atas urusan dengan pihak di Palestin yang tidak dapat memenuhi keperluan kami.

Bagi tahun ini, insya Allah kami telah merancang sistem kerja yang lebih tersusun dengan pihak Aman Palestin Cawangan Gaza untuk menyediakan laporan tahunan kepada penaja, gambar terkini dan kami juga cuba menyampaikan hasrat penaja yang ingin berutus surat dengan anak yatim ini.

Semoga jawapan ringkas saya ini akan dapat memeberikan sedikit penjelasan.

Terima kasih tidak terhingga atas sumbangan membantu rakyat Palestin.

Nik Rasli Nik Mansor said...

Assalamu'alaikum
Not so easy...I tried to fill in form, form nak nama anak yatim...where to get name? Not Aman Palestin's webpage...in fact almost nothing about program menaja anak yatim pealestin on webpages...tried to cal Budi Yanto...no answer...then he sms me back and rudely ask "siapa?"...I call back, no answer again...registered as member on website...so far, no response...:(

Anonymous said...

Salam Nik,
I will let Budi know about this. Don't give up ok. You can add him at facebook too - Budi Yanto.

Many thanks again. May Allah swt bless u for ur big heart. Amin.

Anonymous said...

Salam Nik,
I will let Budi know about this. Don't give up ok. You can add him at facebook too - Budi Yanto.

Many thanks again. May Allah swt bless u for ur big heart. Amin.