Wednesday, October 21, 2009

Sedih


Jumaat lepas kembalinya KakTi kerahmatullah. Semoga roh KakTi dicucuri rahmat. Kakti is my other half eldest sister. Paling sedih sebab Irsyad asyik sebut Mama Ti, Mama Ti, Mama Ti saja since balik from raya kat klate hari tu. Rupanya Mama Ti dah pergi.

Sekali lagi Allah swt berikan saya peluang untuk sama-sama memandi/kafankan jenazah. The 1st one was for arwah mek @ mak mertua. Betul pesan ayah, ”Tinggalkan lah jawatan demo di pejabat. Bawak lah diri sebagai hamba Allah swt @ manusia di mana saja”. Itu pesan ayah yang saya tak pernah lupa semenjak saya kawin with my other half 10 years ago.
Betapa maha hebatnya kita di dunia, kita akan kembali kepadaNya juga suatu hari. Jenazah kakti dikendalikan dengan penuh kasih sayang. Kami adik beradik duduk melunjur dan jenazah kakti di letakkan di ribaan kami adik beradik di kala jurumandi jenazah memandikan kakti. Betapa kerdilnya diri saya. Satu hari nanti akan tiba giliran saya. Bersediakah saya? Seterusnya tiba waktu kafan jenazah...sebak sungguh. Kami adik beradik cium kakti buat kali terakhirnya. Kerdilnya saya. Suatu hari akan tiba waktu saya juga. Bersediakah saya?
Solat jenazah...ramai sungguh jemaah solat jenazah di rumah kakti...300 helai kain pelikat pun tak cukup. Bagaimana giliran saya nanti? Adakah orang datang ? Kerdilnya saya.
Al-Fatihah utk Kakti tersayang.